Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru....Sayang Cikgu


Selamat Hari Guru kepada semua warga guru/pendidik …

Ya Allah, kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang  ikhlas  dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat dimasa kini dengan sebaiknya .Bukakan lah  hati  guru-guru kami  agar menganggapkan semua aktiviti  pendidikan sebagai  ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu.

Ya Allah agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada mereka  terhadap anak-anak didik mereka , kurniakanlah kepada  mereka kesabaran , ketabahan , semangat  juang  yang  tidak  mengenal  erti  putus asa dalam memikul  tanggungjawab sebagai  seorang  pendidik  dan  berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran.

Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan panjangkanlah umur mereka dan berkatilah usaha dan kehidupan mereka.

Sayang…..cikgu…

Al- Fatihah



Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku
Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi
Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku
Tajuk Nasyid : Guruku
Album : Amal Kerana Allah
Artis : Shoutul Amal

No comments:

Post a Comment