Wednesday, January 18, 2012

Mee Bandung Mama.....

Dah lama betul tak update blog ni...sibuk..sibuk ..tak tahu ape sibuknya..oh..anak kecil baru masuk Darjah 1. Alhamdulillah dah OK sekarang ni .

Hah! petang ni barulah Mama boleh bercerita/ coretkan ape2 je yg nak dicoretkan. Teringat zaman sekolah2 dulu masa outing cari Mee Bandung Odeon. Sekarang familli pun suka Mee Bandung tapikan dah lama juga tak buat Mee Bandung.

Memang pun Mee Bandung Mama special kan.Dulu2 masa open-house pun buat jugak. Sekarang bila2 masa nak pun boleh.

OK2 Mama akan masak Mee Bandung!...

Sesiapa yg nak makan Mee Bandung Mama order jelah ye...boleh kita makan sama-sama ..

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha 1431H - 2010M

Hari Raya Aidil Adha tahun ini tidak sama dengan hari raya tahun terdahulu .Tahun yang pertama tanpa kedua ayahanda bondaku yang dicintai yang telah meninggal dunia...bapaku pada 9 Okt 1986 dan ...ibuku pada 15 Okt 2010 ...bonda mertuaku meninggal pada 13 Nov 1993 tatkala suamiku berada di Belanda .Al Fatihah buat ayahanda Allahyarham Hj Azahari Bin Haji Talib,bonda Allahyarhamah Hajah Zainah Binti Zubir serta bonda mertuaku Allahyarhamah Kalthom Binti Yusof semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Teringat semasa kami pergi mengerjakan haji dahulu....
Sebelum berangkat , semasa adinda ku datang kerumah ku ,masih terngiang-ngiang lagi ditelinga  ku, adinda ku berkata"kita tak tahulah bila boleh pergi haji " rupanya tak kesampaian ,adindaku telah meninggal dunia pada subuh Hari Jumaat 27 Jan 2006 meninggalkan anak2 yang masih kecil. AlFatihah buat Mariam Binti Mutalib.
Terasa sayu apabila melihat di kaca TV..teringat Arafah, Muzdalifah , Mina, Mekah...walaupun berjuta manusia,tetapi kami suami isteri dan ayahanda mertua ku dapat melontar betul2 depan jamrah tanpa perlu berasak asak...dan apabila tawaf kami juga dapat tawaf didataran dekat dengan kaabah. Syukur Alhamdulillah. Semuanya masih segar di ingatan. Semasa tu bondalah yang tinggal bersama-sama anakanda2 kami dan  kekanda2 kusering datang menjaga keluarga kami.
Sekembalinya kami dari Haji tersebut putera kedua kami telahpun selamat berada nun di Perlis. Puteriku pula telahpun bersiap untuk merantau nun diselatan pula keesokan harinya. Semua persiapan telahpun diuruskan oleh kekandaku yang sememangnya cekap.Terima kasih kekanda...
Masa berlalu terlalu pantas kini puteraku telahpun menamatkan pengajiannya diperantauan dan telahpun bekerja.Terharu apabila ku terima messagenya " ..mama tolong beri no akaun mama..nak ...he..he..he.."
Puteri ku pula masih diperantauan..pertama kali beraya di perantauan.."winter break starts 18th Dec until 9th Jan! :D but 17th nanti dah terus sem exam..so dah boleh beli tiket dah!!...tak pe nanti mama datang boleh peluk masa-masa sejuk nanti". 
InsyaAllah bonda percaya anakanda dapat menjalani kehidupan diperantauan sebagaimana ayahanda dan bondamu telah lalui terdahulu.Tentang makan tentunya anakanda pandai masak...kan..anak bonda..
Masih banyak lagi pengorbanan yang perlu dilalui sehingga ke akhir hayat kita.Sabar dan sentiasa bersyukur..
Syukur Alhamdulillah....atas segala nikmatMu..mendapat keluarga yang amat bahagia...
Ku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ku ini .Maaf Zahir Batin.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Tuesday, November 2, 2010

Reading for kids...Ladybird..Peter and Jane series

For the past few days, I have been nagged by my little girl to have her own set of Peter and Jane series.These were the books that she was exposed to when she was in the kindergarten school near our home.When I asked the teacher whether we could have the books, she told me that these were used for reading at the school only. Now she wants to learn at home as she start her school holidays early.

My previous children were using the Disney series of books as their starter and later Young Scientist.So I have to research through the internet and through my close friend whom we normally share on parenting and about our children developments.I searched the  Ladybird website... These books have become vintage books .Later to the Amazon website Play with Us (Key Words).

"Hah nilah buku yang Nilam nak"..Yes this is the book that I want...

So almost half a day to list the book series and to calculate the budget.Before purchasing I decided to call again my friend as pestered by the little girl .."Mama telefonlah Auntie..tu..tanyakan"
She suggested to go to the bookstore, they might still have it..maybe Minerva..

Then later in the morning we decided to go to Wangsa Walk Mall..there's Popular bookstore to try our luck if they have the series.After going round the store, then I found the books. At the payment counter the cashier suggested to buy the series in the box i.e: 1a ,1 b,1c and 2a,2b and 2c ...that's better with further discounts..oh we still have those in Malaysia, I thought they were already in the Vintage collectors items.

Now my little girl loves the set and she has completed reading 1a and some pages from the other books.

These books are good to introduce English reading to children ......

Thursday, October 28, 2010

Dalam kenangan.....Al Fatihah - Rusmina Binti Abdul Rauf

Masih terngiang2 lagi suaramu di telefon .

17/10 /2010 -..... Mal, maaf Mal tak dapat hadir semasa emak Mal meninggal sebab ade training.Buat Tahlil kat mana ye? Kalau kat rumah Mal boleh juga ikut sama......

19/10/2010 -15:35...Mal , I tak sihat  Mal, semalam pun I tak habis training, siap dia orang tolong angkatkan laptop,hantar I masa I nak balik, hari ni I nak pegi GH rasanya tentu kena admit...nanti I hantar e-mail ....you buatlah apa2 yang patut....

20/10/2010 -....Mal,ada test lagi yang dia orang nak buat, ....I dah tak boleh fikir lagi apa yang I nak cakap pun...alah Mal..I sakit kepala ni...

 Itulah kata-kata akhirnya kepada ku..

21/10/2010 - Ku telefon G pagi tu untuk ketahui statusnya..serius ..perlu further test..mungkin akan dibawa ke hospital Ampang mengikut keadaan..tetapi masih di GH.
Namun kesibukan dirumah bersama keluarga ku tidak pergi ziarahnya

22/10/2010   - G update... keluarganya telah diberitahu dan akan datang petang itu juga. Dia masih perlu berehat ...


24/10/2010 - Dapat panggilan..Kak Mal dah tahu? Kak Long..doktor kata dia leukemia..sekarang dia koma...doktor kata hanya bagi masa 2 hari saja.....

Terus ku bersiap untuk pergi ziarah nya diGH.Lengkap peralatan diGH untuk membantunya.Tiada respon darinya pabila ku bisikan kata-kata....Ku bacakan Yasin...doakan yang terbaik bagi nya..

25/10/2010 - Ku bersama keluarganya dirumahnya. Tak sanggup rasanya untuk melihatnya dengan peralatan hospital ..memang aku ni penakut..low blood pressure... nanti kalau ku pitam susah pula orang lain nak bantuku.

26/10/2010 - Entah kenapa hari tu handphone ku tidak berada dipoket .Hanya selepas sembahyang zohor baru aku tergerak untuk melihat phone ku   .Rupa2nya ada message dari adiknya pkl 1tgh : AlFatihah.......

Apabila ku sampai untuk ziarah jenazahnya , telah siap mandi dan sedang kafan.Jenazah di sembahyangkan dan dibawa ke Mesjid Setiawangsa untuk disembahyang lagi selepas Asar dan terus dibawa balik ke Mersing untuk disemadikan dikampungnya.

AlFatihah ..semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu.