Monday, August 9, 2010

Anak lelaki ku pandai masak...Nasi Beryani Lamb Chop


Bila merantau dan teringin nak makan special kenalah masak sendiri..Macam tulah pengalaman anak lelaki ku yang berada di Dublin.

Tersangatlah happy anak dan mama bila home resepi yang diemailkan kan tu menjadi..tak kirim video pun peraturannya dah boleh buat..

Telur Pindang - Tradisi Eksklusif dari Johor

Sejak kebelakangan ni terima buah tangan  telur pindang semasa jemputan kahwin .Nampaknya kita telah mula ingin kembalikan tradisi Johor walaupun bukan orang Johor tapi beri telur pindang..sebabnya ..tahan lama ..
Telur Pindang  merupakan makanan eksklusif tradisi masyarakat Melayu Johor .Popular juga dikalangan masyarakat Cina tetapi mereka tambah ramuan Ginseng dan mereka namakan "Herbal Eggs". 
Persiapannya agak rumit kerana memerlukan ramuan terdiri  dari rempah ratus asli serta berbagai daun herba dan direbus lama.Warna telur akan berubah dan rasa herba menambahkan keunikan/keenakan rasa telur dan boleh disimpan agak lama.
Telur pindang telah menjadi tradisi terutamanya dikalangan masyarakat Johor untuk dijadikan sebagai buah tangan istimewa bagi majlis keramaian seperti kenduri kahwin, berkhatan, majlis memotong jambul, bertunang dan sebagainya.
Telur pindang ni pun  sesuai untuk dimakan dengan nasi biasa, nasi beraini, nasi minyak , rojak dan sebagainya malah boleh dimakan begitu sahaja......
Gambar?..alahai lupa pulak nak ambil gambar telur pindang tu..lain kali lah ..letak gambar
Sesiapa yang nak buat majlis ..nak tempah bolehlah kita tolong masakkan/uruskan.. kita orang Johor tau mesti tak lupa ekk..harga boleh bincang ...untuk senang budget RM1.10 sebiji keatas ikut saiz telur dan kuantiti  ..
e-mail: mal9119@gmail.com /tel: 013-3530131