Sunday, March 21, 2010

Rahsia Ibu dan pemakanan

SUSU IBU

Pengalaman pertama menjadi ibu 24 tahun yang lalu ... 15 Feb 1986 memang sentiasa dalam ingatan.Selepas 1 hari berada dihospital barulah tiba masanya bayi dalam kandungan bersedia untuk melihat dunia(2 minggu lebih awal dari jangkaan doktor).Semasa tu Abah memang tak berdaya bersama di "labour room" kerana teramat letih menanti tanpa tidur semalaman..Namun Tok Mak telah mengambil "shift" untuk bersama memberikan sokongan dan semangat dikala Mama menyempurnakan tugas ibu yang pertama ..tangisan bayi kami yang pertama tu dari seorang putera dan dengan bangganya kami menjadi Abah dan Mama..


Tok Mak dan jururawat mengajar bagaimana untuk menyusukan buat kali pertamanya ..Susu ibu adalah makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.


Pesanan kepada anak-anak Mama dan ibu muda..nanti bila jadi ibu berikanlah susu ibu kepada anak sejak dilahirkan sehinggalah diperlukan ..walaupun ade juga yang anak mama dahulu tu kurang lama menikmati susu ibu kerana terpaksa ditinggalkan lama berjauhan demi tugas .




MADU


Saya teringat semasa kecil-kecil dulu semasa saya mendapat adik, emak saya memanglah menyusukan badan untuk kami semua ..selain dari tu diberinya juga madu kepada adik saya..masih ingat lagi cara tradisi dulu dengan menggunakan kain putih bersih yang kecil digulung dibuat seperti sumbu. direndamkan madu dan dimasukkan kedalam mulut bayi untuk dihisap...


Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat .Madu amat berkesan untuk merawati penyakit dan menghindarkan kepenatan. Teruskan mangamalkan madu dalam diet harian...



KURMA



Dari Surah Maryam... Khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

Zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Kajian lain juga membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling cepat diproses untuk dijadikan bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.



No comments:

Post a Comment