Wednesday, February 24, 2010

Petua ....

Petua-petua ini adalah petua yang telah diberi oleh kedua ibu bapaku..orang-orang tua di kampung serta dari bacaan dan pengalaman...ini hanyalah petua..segala ketentuan adalah dari yang Maha Esa..

1. PETUA MENGHALAU LALAT
Tentu kita rasa kurang senang kalau nampak lalat cuba hinggap ke makanan yang dihidangkan terutamanya bila ade tetamu..
kalau suami saya dia akan menangkapnya saje..ini ade teknik dan pengalaman dan scientific calculation..kemana arah lalat tu terbang..wow..
saya pun dah cuba boleh jugak sesekala..kat canteen tempat kerja dulu..wow kagum kawan tengok..tapi kdg2 terkena yg lain..hi..hi
nak belajar nantilah lain kali saya ambil video nya ye..

CARA NYA

Ok ni cara yang biasa : Ambil 2 batang lilin, nyalakan api dan letak dekat tempat hidangan.

ATAU : Ambil beberapa tangkai daun kari dan kibaskan pada lalat lps tu letakkan daun kari pada gelas yang berisi air dan diletak dihujung meja hidangan anda.

ATAU : Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat-lalat yang sedang hinggap makanan kita..Lalat tu takut..dan bedarlah..

2. PETUA MENCUCI BARANG TEMBAGA
..DULANG HANTARAN LAH YANG BIASA..
Gunakan asam dan garam..gosok rata2 dengan cermat..biarkan sekejap..sama juga basuh yang lain ..lepas tu basuh bersih2 , bilas dan jemur..tentu memancar2 semula.
ATAU nak senang beli "brasso"..ikut je peraturan.

3. BERSIHKAN TEKO ATAU CAWAN BERKARAT..KESAN KUNING.DISEBABKAN TEH/KOPI
Bancuh serbuk sabun dan air panas, rendam teko/cawan lebih kurang 5 minit, lepas tu bilas dengan air bersih..ATAU...rendam teko dan cawan tu dengan air suam bercampur garam dan limau nipis lebihkurang 15 minit dan kemudian basuh dengan air bersih.

4. BERSIHKAN PERIUK ALUMINIUM HANGUS
Isikan air panas , campurkan sedikit garam dan masaklah hingga mendidih hingga makanan yang hangus itu mudah tanggal.Sejukkan dan buang airnya.Kemudian gunakan dawai penggosok yang telah dicelup sabun dan gosoklah.atau ulang lagi...hingga bersih.

5. Petua Suburkan Pokok

Semasa didapur tu air basuhan beras,air basuhan ikan jangan dibuang. Campurkan air tu, biar semalaman..Esoknya siramkan pada tanaman sayuran , bunga dan lain2 tanaman. Tanaman akan menjadi lebih subur.

6. Petua Menghalau Tikus
Kalau ade masaalah ni..ambillah daun durian belanda, letakkan kat tempat yang mak menti ni suka berkeliaran.Lepas tu dia kan larilah dan tak datang lagi..

7. Mencuci pakaian terkena dakwat
Titikkan limau nipis yang bercampur dengan garam kebahagian yang bertanda dakwat tu. Gosok2kan.Biarlah dalam 20-25 minit.Lepas tu basuh,bilas.jemur seperti biasa. Jika tak hilang bancuh sedikit garam dengan limau nipis dan air mendidih lebihkurang 0.5 liter. Rendam tempat yang bertanda tu dalam 10 minit.Berus tempat tu..basuhlah seperti biasa.
Kalau tak boleh juga..lukislah tempat tu jadikan grafitti art..hi.. hi .

8. Mencuci pakaian terkena karat
Ambil limau nipis dipotong dua, buang bijinya.Gosok2kan limau ke tempat terkena karat tu. Rendamkan kedalam air yang bercampur sedikit garam.Kemudian basuh seperti biasa.

9. Mencuci barang-barang kemas (emas/permata)
Pati teh jangan dibuang boleh digunakan begini...
Masukkan pati teh kedalam mangkuk.Rendamkan barang2 kemasa kedalam pti teh tu selama 1-1.5 jam.Berus barang kemas tu rata-rata dan cermat.boleh guna berus gigi lama..Bilas bersih-bersih dengan air sejuk sambil diberus. Angkat dan anginkan,letakkan diatas kain linen atau tisu yang telah dibentangkan .Jemur di tempat selamat...AWAS...jangan sampai dicuri orang ...

10.Petua membersihkan cermin sliding door , tingkap , cermin kereta supaya berkilat..
Ambil surat khabar lama, celupkan air,ramas-ramas dan perah sedikit airnya.Lapkan pada cermin yang berhabuk tu. lepas tu bersihkan dengan tuala kering.Samalah juga untuk cermin kereta..

No comments:

Post a Comment