Saturday, October 16, 2010

Bonda!!.....

Bonda...,

Pagi hari Khamis kekanda telefon beritau bonda masih belum buka mata walaupun sudah pukul 10 pagi..Anakanda bergegas menemui bonda tetapi bonda tidak memberi respons semasa anakanda memberi salam ke telinga bonda..sebagaimana kebiasaannya.. akantetapi anakanda lihat lidah bonda menjawab salam anakanda. Anakanda periksa nadi bonda..denyutan seperti biasa. Kekanda menyuapkan nasi yang telah diblend dengan sup yang dibawa dari Desa Pandan. Anakanda mohon maaf kerana anakanda tidak sampai hati melihat cara kami memberi bonda makan tengahari tu dengan memasukkan ke tekak.. Jika di hospital pastinya bermacam2 tiub yang digantung dan terpaksa memsukkanya nya melalui urat yang dicucuk..oh..lagi kami tak sampai hati.

Badan bonda agak panas sedikit...kekanda menyuapkan panadol soluble .Kami dengar tekak bonda macam berkahak..kami dudukkan bonda untuk bantu mengeluarkan kahak..bonda buka mata tetapi pandang kebawah.Banyak juga kahak yang boleh dikeluarkan. Kekanda beri bonda ubat batuk Ibu dan Anak..

Kami periksa nadi bonda..normal..panas badan berkurangan.Kami perdengarkan bacaan Yasin, zikir..nampak lidah bonda mengikut zikir yang perdengarkan..kaset zikir Ustaz Badrul Amin sentiasa diperdengarkan.

Sehingga petang kami berada bersama bonda..bonda masih pejam..biarlah bonda berehat..Ku mohon beredar untuk pulang ..sebelum beredar ku pohon ampun dan maaf banyak2 sekiranya dalam tempoh penjagaan kami agak kasar..tiada apa yang kami dengar dari bonda tetapi kami berharap bonda maafkan kami. .Ku cium pipimu berkali2 seperi bisa ..selalu bonda akan tersenyum lebar tetapi tidak pada kali ini.

Kuambil gambar Bonda sebelum pergi..Bonda tenang tidur..



Sepanjang perjalanan pulang bersama adindaku,kami saling mengingati esok Hari Jumaat,kita perlu bersedia..bonda dilahirkan hari Jumaat..mengikut orang2 tua ..roh kita akan dicabut pada hari kita dilahirkan..Wallahualam.

Bacaan Yasin pada malam Jumaat kami tambahkan niat khas untuk Bonda semoga bonda tidak tersiksa dan dipermudahkan sekiranya telah sampai waktunya untuk bonda pergi kami redha.Pada malamnya mengigatkan keluarga ku untuk ziarah bonda esok.Anakku jawab esok selepas sembahyang Jumaat .

Adindaku sms sekiranya terdapat apa2 maklumat tentang bonda tidak kiralah waktunya..beritaulah dia.

Pagi Jumaat sebelum pukul 8 pagi ku telefon kekanda ..bagaimana keadaan bonda.
..belum bangun lagi..kalau ada apa2 perubahan kekanda akan telefon.

Pukul 9.40 pagi kekanda telefon ..nampak bonda agak seperti semput. Ku bergegas meminta Kak Su menyiapkan susu dan pakaian Nilam. Dalam masa yang sama aku capai jubahku.Bergegas kerumah kekanda.Ku masih sempat untuk memborong kuih-kuih serta lauk nasi lemak (..nasi lemaknya dah habis) yang masih ada di gerai Mak Cik di main road.Sambil beritau makcik tujuan saya beli banyak tu..

Mak Cik tak biasa orang beli banyak-banyak,kuih ni makcik tambahkan untuk sedekah ye

Terima kasih Mak Cik

Ku pandu laju kereta ku untuk sampai cepat kerumah kekanda.Kulihat kekanda yang lain telah ade.

Ku letakkan kuih-kuih didapur. Kuambil air sembahyang..Terus membaca Yasin disisimu bonda.
Kubisikkan kalimah Lailahaillallah..lidah mu bergerak2..kubisikkan Allah..kami adik beradik lakukan bergilir2.

Kami tentukan salah seorang daripada kami sentiasa berada disisimu. Nafas bonda seakan orang semput dan bunyi berkahak.Ku hubungi doktor keluarga kami sekiranya terdapat alat buang kahak..namun tak de..

Ku baca Yasin sekali lagi sambil berdoa sekiranya ini waktunya ku redha..

Pukul 11.20 ku telefon suami ku serta adindaku menyatakan bonda tenat.

Kami semua disisi bonda.Kami rasa kaki bonda sejuk, pucat, tangan bonda sejuk...Kekanda bergilir2 membisikkan kalimah Allah...dan dengan perlahan-lahan, nafas bonda tidak lagi semput..dan tidak bernafas lagi...Inna lillaahi  wa innaa ilaihi raaji'uun. Kami redha..hanya titisan airmata kami sebagai penyejuk jiwa kami..


Bonda tercinta Hajah Zainah Binti Zubir telah menghembuskan nafas terakhirnya untuk pulang kerahmatullah lebihkurang jam 12 tengahari Hari Jumaat 15/10/2010 bersamaan 7 Zulkaedah 1431H.

 Sebagai tanggungjawab kami menguruskan apa yang patut untuk urusan pengebumian sebelum Asar.

Anakanda2 , cucunda memandikan bonda kali terakhir.....badan bonda lembut, bersih...

Setelah siap kafan, kami cium pipi bonda, lembut, wangi..ciuman sayang kami yang terakhir buatmu Bonda....

Kami iringi Bonda didalam kereta jenazah untuk ke perkuburan.

Cucunda2, kekanda2 menguruskan pengebumian dengan penuh kasih sayang...

Talkin dibaca...tak dapat rasanya untuk ku sambung....




                                                           Tapak persemadian bonda


Terima kasih kepada mereka yang telah hadir menziarahi ,menguruskan serta mengiringi ke perkuburan Kota Damansara bagi pengebumian jenazah bonda tercinta . Terima kasih juga kepada semua yang telah memberi ucapan takziah kepada kami sekeluarga serta iringan doa yang telah disampaikan.

Semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya dan Allahyarhamah dihimpunkan bersama orang-orang yang beriman.

Al Fatihah , Tahlil...buat ibu tercinta Hajah Zainah binti Zubir
                                                       



Hayatilah lirik ini...




1 comment:

  1. Terlalu perit menghadapi bila insan yang kita sayang telah pergi selamanya.Terlalu tenang pemergian bonda..ku bertanya, adakah hari ku esok setenang pemergian bonda? Adakah ada anak2 dan cucu2 memandikan ku,mengkafankan ku,sembahyangkan ku,berdoa buat ku.Terlalu singkat perkenalan ku dgn bonda.masih byk sifat2 bonda yang ingin aku teladani.Bonda yang ku tahu seorg yg cool,beriman,tabah,sememangnya sabar.Mampukah aku menjadi sepertinya?walau bonda kecil molek orgnya namun bonda berjaya membesarkan 7 org anak yang mana semuanya berjaya dalam hidup.Keluarga itu sempurna.Bonda pergi meninggalkan anak2 dan cucu2 yg soleh dan solehah.Bekalan bonda sudah cukup untuk ketenangan bonda di sana.Dan...aku tahu bondalah idola ku..walau bonda dah tiada,aku yakin sebahagian diri bonda ada pada kakak2 ipar ku.Mereka kesinambungan bonda yang akan membantu aku menjadi sekuat bonda Hjh Zainah binti Zubir.Sampai masa ku nanti,aku juga ingin pergi setenang Bonda.Al-Fatihah buat bonda.

    ReplyDelete