Masih terngiang2 lagi suaramu di telefon .
17/10 /2010 -..... Mal, maaf Mal tak dapat hadir semasa emak Mal meninggal sebab ade training.Buat Tahlil kat mana ye? Kalau kat rumah Mal boleh juga ikut sama......
19/10/2010 -15:35...Mal , I tak sihat Mal, semalam pun I tak habis training, siap dia orang tolong angkatkan laptop,hantar I masa I nak balik, hari ni I nak pegi GH rasanya tentu kena admit...nanti I hantar e-mail ....you buatlah apa2 yang patut....
20/10/2010 -....Mal,ada test lagi yang dia orang nak buat, ....I dah tak boleh fikir lagi apa yang I nak cakap pun...alah Mal..I sakit kepala ni...
Itulah kata-kata akhirnya kepada ku..
21/10/2010 - Ku telefon G pagi tu untuk ketahui statusnya..serius ..perlu further test..mungkin akan dibawa ke hospital Ampang mengikut keadaan..tetapi masih di GH.
Namun kesibukan dirumah bersama keluarga ku tidak pergi ziarahnya
22/10/2010 - G update... keluarganya telah diberitahu dan akan datang petang itu juga. Dia masih perlu berehat ...
24/10/2010 - Dapat panggilan..Kak Mal dah tahu? Kak Long..doktor kata dia leukemia..sekarang dia koma...doktor kata hanya bagi masa 2 hari saja.....
Terus ku bersiap untuk pergi ziarah nya diGH.Lengkap peralatan diGH untuk membantunya.Tiada respon darinya pabila ku bisikan kata-kata....Ku bacakan Yasin...doakan yang terbaik bagi nya..
25/10/2010 - Ku bersama keluarganya dirumahnya. Tak sanggup rasanya untuk melihatnya dengan peralatan hospital ..memang aku ni penakut..low blood pressure... nanti kalau ku pitam susah pula orang lain nak bantuku.
26/10/2010 - Entah kenapa hari tu handphone ku tidak berada dipoket .Hanya selepas sembahyang zohor baru aku tergerak untuk melihat phone ku .Rupa2nya ada message dari adiknya pkl 1tgh : AlFatihah.......
Apabila ku sampai untuk ziarah jenazahnya , telah siap mandi dan sedang kafan.Jenazah di sembahyangkan dan dibawa ke Mesjid Setiawangsa untuk disembahyang lagi selepas Asar dan terus dibawa balik ke Mersing untuk disemadikan dikampungnya.
AlFatihah ..semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment