Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha 1431H - 2010M

Hari Raya Aidil Adha tahun ini tidak sama dengan hari raya tahun terdahulu .Tahun yang pertama tanpa kedua ayahanda bondaku yang dicintai yang telah meninggal dunia...bapaku pada 9 Okt 1986 dan ...ibuku pada 15 Okt 2010 ...bonda mertuaku meninggal pada 13 Nov 1993 tatkala suamiku berada di Belanda .Al Fatihah buat ayahanda Allahyarham Hj Azahari Bin Haji Talib,bonda Allahyarhamah Hajah Zainah Binti Zubir serta bonda mertuaku Allahyarhamah Kalthom Binti Yusof semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Teringat semasa kami pergi mengerjakan haji dahulu....
Sebelum berangkat , semasa adinda ku datang kerumah ku ,masih terngiang-ngiang lagi ditelinga  ku, adinda ku berkata"kita tak tahulah bila boleh pergi haji " rupanya tak kesampaian ,adindaku telah meninggal dunia pada subuh Hari Jumaat 27 Jan 2006 meninggalkan anak2 yang masih kecil. AlFatihah buat Mariam Binti Mutalib.
Terasa sayu apabila melihat di kaca TV..teringat Arafah, Muzdalifah , Mina, Mekah...walaupun berjuta manusia,tetapi kami suami isteri dan ayahanda mertua ku dapat melontar betul2 depan jamrah tanpa perlu berasak asak...dan apabila tawaf kami juga dapat tawaf didataran dekat dengan kaabah. Syukur Alhamdulillah. Semuanya masih segar di ingatan. Semasa tu bondalah yang tinggal bersama-sama anakanda2 kami dan  kekanda2 kusering datang menjaga keluarga kami.
Sekembalinya kami dari Haji tersebut putera kedua kami telahpun selamat berada nun di Perlis. Puteriku pula telahpun bersiap untuk merantau nun diselatan pula keesokan harinya. Semua persiapan telahpun diuruskan oleh kekandaku yang sememangnya cekap.Terima kasih kekanda...
Masa berlalu terlalu pantas kini puteraku telahpun menamatkan pengajiannya diperantauan dan telahpun bekerja.Terharu apabila ku terima messagenya " ..mama tolong beri no akaun mama..nak ...he..he..he.."
Puteri ku pula masih diperantauan..pertama kali beraya di perantauan.."winter break starts 18th Dec until 9th Jan! :D but 17th nanti dah terus sem exam..so dah boleh beli tiket dah!!...tak pe nanti mama datang boleh peluk masa-masa sejuk nanti". 
InsyaAllah bonda percaya anakanda dapat menjalani kehidupan diperantauan sebagaimana ayahanda dan bondamu telah lalui terdahulu.Tentang makan tentunya anakanda pandai masak...kan..anak bonda..
Masih banyak lagi pengorbanan yang perlu dilalui sehingga ke akhir hayat kita.Sabar dan sentiasa bersyukur..
Syukur Alhamdulillah....atas segala nikmatMu..mendapat keluarga yang amat bahagia...
Ku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ku ini .Maaf Zahir Batin.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





No comments:

Post a Comment