Wednesday, January 27, 2010

Untuk Renungan....Mengingati kematian....

..Sabtu lepas- Majlis Tahlil sepupuku..

..Semalam - menghadiri pengebumian rakan ku ..

..hari ini- genap 4 tahun adik iparku menemui yang Maha Esa semasa umurnya baru menjangkau 34tahun..meninggalkan anak2 yang masih amat memerlukan kasih sayang seorang ibu.. Ya Allah...

..betul2 mengingatkan diriku akan kematian..

Al Fatihah ...semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka.

Hidup kita didunia hanya pinjaman semata-mata..setiap hari semakin dekat ke hari kematian..

Ingatlah...

HADIS RASULULLAH S.A.W.
Sabda Rasulullah s.a.w ‘ sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Saham akhirat; Sesungguhnya apabila mati anak Adam itu , hanya 3 perkara yang akan dibawa bersama:

1) Sedekah / amal jariah
2) Doa dari anak - anak yg soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikan kepada orang lain.


dan ingatlah..

Kaya sebelum miskin,
Sehat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Lapang sebelum sempit ,
Hidup sebelum mati.

“Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah Subhanahu wata’ala berfirman, artinya, “Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya.” (QS: Qaaf: 19)...

Renungkan lah seterus nya ...My Qalbu...

No comments:

Post a Comment